Sunday, 20 May 2012

Untaian Kata



 Nikmatilah dan bersenang-senanglah
kerana sesungguhnya segala sesuatu itu
pasti ada kesudahannya
sebagaimana ia pun ada permulaannya.....

     Sesungguhnya, kemampuan tidak merasa tertekan merupakan sifat yang MULIA yang dapat membantu menghilangkan kesulitan dan meraih kejayaan. Ia juga dapat mengekalkan keharmonian dan kebahagiaan bersama keluarga. Orang yang bersifat mulia pasti dapat memahami tabiat orang. Dia mampu mengukur kadar perubahan, menyesuaikan dirinya dihadapan orang lain dan boleh menyesuaikan dengan segala keadaan, baik yang nyata mahupun yang tersembunyi.

      Tentang kegelisahan, maka orang yang berwawasan luas akan dapat mmahami berbagai permasalahan dan menyedarinya bagaimana hendak bertindak ketika menghadapi masalah atau ketika apa yang diinginkannya TIDAK TERCAPAI. Ia akan memahami  bahawa memang demikianlah tabiat kehidupan, iaitu bahawa "tiada seorang pun yang beroleh kerehatan di dalamnya." Ia akan memahami bahawa manusia itu adakalanya MEMBENCI sesuatu, adahal di dalamnya terkandung KEBAIKAN baginya dan adakala dia merasa SENANG dengan sesuatu, padahal di dalamnya terkandung KEBURUKAN baginya. Ia juga akan menyedari bahawa sesungguhnya kebaikan itu hanya ada pada apa yang telah dipilihkan oleh Allah S.W.T....



 gambar hiasan saje








Friday, 18 May 2012

photoshop painting

Kan bagus dalam menjalani hidup ni ada seseorang yg snggup berada di sisi kita susah atau senang...

di sebalik KacaMata

Assalamualaikum.....

Aku ni suka perhatikan gelagat dan tingkah laku orang.....tapi cuma perhati je.
Macam2 aku nampak @macam3...hehehe
Bagi diri aku sendiri, aku takut dengan pujian.....tak kira la ikhlas ke tak..
sebab apa, aku takut jadi riak atau seangkatan dengannya...

Nak bagi contoh sikitlah...
     
misalnya ada orang cakap "Awak ni comel, cantik baik" kalau yer pun xske pujian janganlah plk cakap cam ni" tak lah mana cantik pun,mana comel pun" sebab Manusia adalah sebaik2 ciptaan....Hargailah. 
lepas tu kalau ada orang puji ikhlas macam mana pun biar lah, jangan lah plak cerita kat orang lain....
mungkin org tak suke ...kalau org tu memang jnis tak peduli perasaan org lain xpe lah. Maaf andai kata2 ini mengguris hati, yang baik itu drp Allah, yang buruk iti dari kelemahanku sendiri..


<berpesan pada diriku juga ngeeee--------->jangan riak

LOVE ARTS

hye!!!Ini lah hasil ketiga yg aku siapkan td...suka sgt lukis animasi kartun gini...layan je.
Duk duduk sja tu bka photoshop buat bnda ni ok jgk...walaupun xberapa nak pandai di sebabkan minat aku buat jgk..klu dapat buat animasi yg gerak2 pun sempoi....sape pandai tolong lah ajar...hehehe.

photoshop punya hal

Baru belaja buat animasi kat photoshop CS3 ,macam ni lah rupenye...hehehe..
"CINTA ITU MUDAH"
manusia yang merumitkannya....peace!pandangan dari  kaca mataku...korang xthu lah.
Apa2 pun hargailah CINTA selagi ia MILIK ANDA....

Wednesday, 16 May 2012

Saat ini sangat bererti

                                                                 BUDAK ANTAMA@cutes

'Saat' meraih cahaya kemenangan.
Kerana kelmarin hanya tinggal mimpi.
Sedang esok hanyalah Fantasi.
Tetapi hari yang sedang kau jalani sekarang ini
akan menjadi kelmarin
sebuah mimpi yang  indah
dan esok adalah wujudnya harapan.
Berbuat baiklah!
Lihatlah sesuatu yang baik pada hari ini.
Inilah erti penghormatan untuk hari ini.......


suke2 aje


seorang gadis kecil merasa badanya lemah dan sakit ketika berada di pasar raya bersama ibunya. lalu dia pun berkata:

Gadis: mama boleh tak kita balik sekarang?
Ibu: belum, banyak lagi yang  mama nak beli...
Gadis: tapi ma, saya rasa hendak muntah!
Ibu:Apa lagi,Pergilah  ke tandas di tingkat atas.

setelah kira-kira 20 saat, gadis kecil itu kembali ke tempat ibunya

Ibu: sudah selesai?
Gadis: Ya
Ibu: Kenapa begitu cepat?


Gadis: Saya tak pergi ke tingkat atas, kat tepi tu ada sebuah kotak derma. Di situ tertulis, 'UNTUK ORANG YANG SAKIT'
Jangan Bersedih, maafkan Orang Yang Menyakitkan hati Anda itu lebih baik kerana Rahmat Allah sentiasa melimpah dalam kita sedar ataupun tidak.....

Berpesan pada diriku juga :)

Tuesday, 15 May 2012

Hari ini Milik Anda


Apabila anda berada di pagi hari, janganlah menunggu waktu pertang, kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup. Oleh kerana itu , anda tidak perlu memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan yang menghiasinya. tidak juga dengan hari esok yang belum tentu datang.



Hari yang saat ini matahari menyinari anda,dan siangnya menyapa anda, membuat anda mampu memandang alam sekitar. itulah hari anda, maka manfaatkan harin itu sebaiknya!. maka anggaplah masa hidup anda hanya hari ini sahaja, atau seakan-akan anda dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga.

Falsafah ini akan menyelamatkan kehidupan anda sehingga tidak tersepit di antara dua kehidupan, masa lalu dengan berbagai kesedihan dan kegundahan yang terjadi masa itu, dan masa depan yang penuh ketidakpastian dan sering kali menakutkan.

Pusatkanlah seluruh perhatian dan kreativiti anda untuk satu hari sahaja dan padahari inilah,anda harus bertekad mempersembahkan kualiti solat yang paling khusyuk' membaca dan memahami Al-Quran secara mendalam, merenungi kehidupan dunia dengan sepenuh hati, keseimbangan dalam segala hal, keindahan dalam akhlak, kerelaan dengan semua yang Allah berikan, perhatikan tahap keadaan sekitar, perhatian terhadap kesihatan jiwa dan raga serta memberi manfaat kepada orang lain.

Terimalah semua yang telah Allah berikan kepada mu dan jadilah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur.(surah Al-A'raf:144)

YA ALLAH

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam surah Ar-Rahman, ayat 29

Semua yang ada di langit dan dibumi selalu memohon kepadaNya. Setiap waktu itu ia berada dalam aktivitiNya.

Apabila laut bergelombang,ombak bergelora, dan angin bertiup kencang, semua penumpang kapal akan berteriak "Ya Allah!"

Apabila seseorang tersesat ditengah padang pasir, kenderaan menyimpang jauh dari laluannya,, para Khafilah merasa kebingungan menentukan arah perjalanannya, mereka akan berseru"Ya Allah!"

Apabila tertimpanya musibah, bencana melanda, dan berlakunya tragedi, ia akan menyebut"Ya Allah!"

Apabila pintu di tutup dihadapan pencari kerja dan tirai-tirai di tutup di depan orang yang meminta, mereka akan berseru"YaAllah!"

Apabila berbagai usaha tidak mampu menyelesaikan , setiap jalan terasa terhimpit, harapan terhenti, dan semua jalan pintas telah buntu, mereka akan menyeru "Ya Allah!"

himpitan persoalan hidup dan jiwa terasa seolah tertekan oleh bebanan kehidupan yang harus dipikul, mereka akan menyeru "YaAllah!"


                                             Telahku khabarkan kepadaMu
                                             segala hal seperti cercaan
                                             Pekat dan wajah waktu lebih gelap berdebu
                                             Lalu kupanggil jelas namaMu
                                             di waktu subuh menanti
                                             dan setiap fajar menyinsing
                                             selalu mendengar namaMu terucap....

A NeW life...

Anak adalah satu anugerah tetapi lebih tepat adalah Amanah yang diberi oleh-Nya. Berikan sepenuh kasih sayang seperti mana kita sayangi diri sendiri. Bukan menyakiti, mendera atau menzalimi. Anak umpama kain putih yang bersih tanpa sebarang noda, coraklah ia menjadi anak yang beriman.

"Hentikan penderaan kanak2" <3

UNGKAPAN CINTA

Peribadi dan rasa cinta terhadap diri sendiri sebelum mencintai orang lain perlu dibina dahulu kerana apa yang dilakukan seterusnya banyak bergantung pada nilai, cita rasa dan harga diri :)

Cinta buta tetapi hati tidak buta

Maka arahkanlah cinta kearah cinta yang mulia

Cinta ibarat pokok yang tumbuh daripada biji benih dan subur jika dibajai dengan baik. pokok akan membesar menjadi rendang dengan cabang-cabang yang pelbagai. begitulah Cinta, mempunyai cabang-cabang yang tersendiri.Asas binaan cinta adalah rasa keterikatan dan kebiasaan. umumnya cinta diakitkan dengan perasaan romantik antara dua orang berlainan jenis. namun cinta itu tidak terhad pada manusia sahaja, cinta kepada pekerjaan, pada haiwan,pada tumbuhan,pada hobi atau pada kajiannya sehinggakan ada yang berpendapat dia mencintai pekerjaannya lebih daripada dia mencintai isteri @anak...
ASSALAMUALAIKUM....

Tetiba je rasa nak buat blog semula, dulu dah pernah buat....tapi lama dah tinggal. Saje suke2 =), takde benda pun...........