Sunday, 20 May 2012

Untaian Kata



 Nikmatilah dan bersenang-senanglah
kerana sesungguhnya segala sesuatu itu
pasti ada kesudahannya
sebagaimana ia pun ada permulaannya.....

     Sesungguhnya, kemampuan tidak merasa tertekan merupakan sifat yang MULIA yang dapat membantu menghilangkan kesulitan dan meraih kejayaan. Ia juga dapat mengekalkan keharmonian dan kebahagiaan bersama keluarga. Orang yang bersifat mulia pasti dapat memahami tabiat orang. Dia mampu mengukur kadar perubahan, menyesuaikan dirinya dihadapan orang lain dan boleh menyesuaikan dengan segala keadaan, baik yang nyata mahupun yang tersembunyi.

      Tentang kegelisahan, maka orang yang berwawasan luas akan dapat mmahami berbagai permasalahan dan menyedarinya bagaimana hendak bertindak ketika menghadapi masalah atau ketika apa yang diinginkannya TIDAK TERCAPAI. Ia akan memahami  bahawa memang demikianlah tabiat kehidupan, iaitu bahawa "tiada seorang pun yang beroleh kerehatan di dalamnya." Ia akan memahami bahawa manusia itu adakalanya MEMBENCI sesuatu, adahal di dalamnya terkandung KEBAIKAN baginya dan adakala dia merasa SENANG dengan sesuatu, padahal di dalamnya terkandung KEBURUKAN baginya. Ia juga akan menyedari bahawa sesungguhnya kebaikan itu hanya ada pada apa yang telah dipilihkan oleh Allah S.W.T....



 gambar hiasan saje