Apabila anda berada di pagi hari, janganlah menunggu waktu pertang, kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup. Oleh kerana itu , anda tidak perlu memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan yang menghiasinya. tidak juga dengan hari esok yang belum tentu datang.
Hari yang saat ini matahari menyinari anda,dan siangnya menyapa anda, membuat anda mampu memandang alam sekitar. itulah hari anda, maka manfaatkan harin itu sebaiknya!. maka anggaplah masa hidup anda hanya hari ini sahaja, atau seakan-akan anda dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga.
Falsafah ini akan menyelamatkan kehidupan anda sehingga tidak tersepit di antara dua kehidupan, masa lalu dengan berbagai kesedihan dan kegundahan yang terjadi masa itu, dan masa depan yang penuh ketidakpastian dan sering kali menakutkan.
Pusatkanlah seluruh perhatian dan kreativiti anda untuk satu hari sahaja dan padahari inilah,anda harus bertekad mempersembahkan kualiti solat yang paling khusyuk' membaca dan memahami Al-Quran secara mendalam, merenungi kehidupan dunia dengan sepenuh hati, keseimbangan dalam segala hal, keindahan dalam akhlak, kerelaan dengan semua yang Allah berikan, perhatikan tahap keadaan sekitar, perhatian terhadap kesihatan jiwa dan raga serta memberi manfaat kepada orang lain.
Terimalah semua yang telah Allah berikan kepada mu dan jadilah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur.(surah Al-A'raf:144)

No comments:
Post a Comment