Tuesday, 15 May 2012

Hari ini Milik Anda


Apabila anda berada di pagi hari, janganlah menunggu waktu pertang, kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup. Oleh kerana itu , anda tidak perlu memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan yang menghiasinya. tidak juga dengan hari esok yang belum tentu datang.



Hari yang saat ini matahari menyinari anda,dan siangnya menyapa anda, membuat anda mampu memandang alam sekitar. itulah hari anda, maka manfaatkan harin itu sebaiknya!. maka anggaplah masa hidup anda hanya hari ini sahaja, atau seakan-akan anda dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga.

Falsafah ini akan menyelamatkan kehidupan anda sehingga tidak tersepit di antara dua kehidupan, masa lalu dengan berbagai kesedihan dan kegundahan yang terjadi masa itu, dan masa depan yang penuh ketidakpastian dan sering kali menakutkan.

Pusatkanlah seluruh perhatian dan kreativiti anda untuk satu hari sahaja dan padahari inilah,anda harus bertekad mempersembahkan kualiti solat yang paling khusyuk' membaca dan memahami Al-Quran secara mendalam, merenungi kehidupan dunia dengan sepenuh hati, keseimbangan dalam segala hal, keindahan dalam akhlak, kerelaan dengan semua yang Allah berikan, perhatikan tahap keadaan sekitar, perhatian terhadap kesihatan jiwa dan raga serta memberi manfaat kepada orang lain.

Terimalah semua yang telah Allah berikan kepada mu dan jadilah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur.(surah Al-A'raf:144)

YA ALLAH

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam surah Ar-Rahman, ayat 29

Semua yang ada di langit dan dibumi selalu memohon kepadaNya. Setiap waktu itu ia berada dalam aktivitiNya.

Apabila laut bergelombang,ombak bergelora, dan angin bertiup kencang, semua penumpang kapal akan berteriak "Ya Allah!"

Apabila seseorang tersesat ditengah padang pasir, kenderaan menyimpang jauh dari laluannya,, para Khafilah merasa kebingungan menentukan arah perjalanannya, mereka akan berseru"Ya Allah!"

Apabila tertimpanya musibah, bencana melanda, dan berlakunya tragedi, ia akan menyebut"Ya Allah!"

Apabila pintu di tutup dihadapan pencari kerja dan tirai-tirai di tutup di depan orang yang meminta, mereka akan berseru"YaAllah!"

Apabila berbagai usaha tidak mampu menyelesaikan , setiap jalan terasa terhimpit, harapan terhenti, dan semua jalan pintas telah buntu, mereka akan menyeru "Ya Allah!"

himpitan persoalan hidup dan jiwa terasa seolah tertekan oleh bebanan kehidupan yang harus dipikul, mereka akan menyeru "YaAllah!"


                                             Telahku khabarkan kepadaMu
                                             segala hal seperti cercaan
                                             Pekat dan wajah waktu lebih gelap berdebu
                                             Lalu kupanggil jelas namaMu
                                             di waktu subuh menanti
                                             dan setiap fajar menyinsing
                                             selalu mendengar namaMu terucap....

A NeW life...

Anak adalah satu anugerah tetapi lebih tepat adalah Amanah yang diberi oleh-Nya. Berikan sepenuh kasih sayang seperti mana kita sayangi diri sendiri. Bukan menyakiti, mendera atau menzalimi. Anak umpama kain putih yang bersih tanpa sebarang noda, coraklah ia menjadi anak yang beriman.

"Hentikan penderaan kanak2" <3

UNGKAPAN CINTA

Peribadi dan rasa cinta terhadap diri sendiri sebelum mencintai orang lain perlu dibina dahulu kerana apa yang dilakukan seterusnya banyak bergantung pada nilai, cita rasa dan harga diri :)

Cinta buta tetapi hati tidak buta

Maka arahkanlah cinta kearah cinta yang mulia

Cinta ibarat pokok yang tumbuh daripada biji benih dan subur jika dibajai dengan baik. pokok akan membesar menjadi rendang dengan cabang-cabang yang pelbagai. begitulah Cinta, mempunyai cabang-cabang yang tersendiri.Asas binaan cinta adalah rasa keterikatan dan kebiasaan. umumnya cinta diakitkan dengan perasaan romantik antara dua orang berlainan jenis. namun cinta itu tidak terhad pada manusia sahaja, cinta kepada pekerjaan, pada haiwan,pada tumbuhan,pada hobi atau pada kajiannya sehinggakan ada yang berpendapat dia mencintai pekerjaannya lebih daripada dia mencintai isteri @anak...
ASSALAMUALAIKUM....

Tetiba je rasa nak buat blog semula, dulu dah pernah buat....tapi lama dah tinggal. Saje suke2 =), takde benda pun...........